PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP RUMAH ORANG TUA-TUA

Rumah jagaan orang tua lazimnya dianggap sebagai tempat di mana orang-orang tua tinggal menghabiskan baki usia mereka. Persoalan pertama oleh kebanyakan orang ialah di mana anak-anak mereka. Melainkan mereka sememangnya tiada waris, atau anak-anak mereka sendiri telah mengabaikan mereka sehingga mereka terpaksa mendiami rumah jagaan orang tua tersebut. Sememangnya pengabaian terhadap orang tua tidak diterima oleh masyarakat. Sesiapa yang menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang tua-tua akan dianggap menderhaka dan tidak berhati perut.

Dilema penjagaan warga emas di kalangan anak-anak yang bekerja mahupun yang telah berkeluarga akan mengambil pendekatan membiarkan orang tua mereka di rumah asal ataupun membawa mereka tinggal bersama. Namun masalah mungkin timbul apabila kesihatan orang tua mula menurun. Rawatan secara profesional mungkin diperlukan. Keadaan rumah pula tidak sesuai untuk mereka tanpa ciri-ciri mesra warga emas. Apakah pilihan yang ada selain perbelanjaan tambahan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif, mengambil pembantu rumah atau terpaksa berhenti kerja bagi menjaga orang tua. Implikasinya adalah berbeza mengikut taraf ekonomi masing-masing. Yang pastinya ia melibatkan pengorbanan yang besar.

Sesetengah pihak atau individu secara terang-terangan menentang dan tetap memandang serong terhadap pusat jagaan secara umumnya.  Penulis juga telah menerima kesan dan tempiasnya. Ada kejadian apabila berbual dengan kenalan lama mahupun berkenalan dengan seseorang. Apabila mereka bertanya apa yang dilakukan sekarang, sudah pasti saya akan menjawab menjalankan perkhidmatan penjagaan warga emas. Mereka seakan tidak selesa dan membayangkan bahawa perkhidmatan penjagaan ini hanya menggalakkan pengabaian. Ramai juga yang merasa hairan kemana perginya anak atau waris warga emas tersebut antaran terpaksa dijaga oeh orang lain. Sebagaimana keperluan di atas, saya merasakan mereka tidak menghadapi masalah yang menimpa orang lain. Kami di pusat jagaan pula tidak semudahnya  menerima kemasukan orang tua tanpa sebab. Sesungguhnya kami teguh memegang prinsip bahawa, orang seharusnya dijaga sendiri oleh waris masing-masing di rumah. Dan berapa kerat sahaja dalam keterpaksaan disebabkan keperluan rawatan khusus serta juga mereka yang tidak mempunyai waris, sebatangkara tetapi mempunyai sumber kewangan sendiri serta juga masalah-masalah lain.

Unknown's avatar

About Pusat Jagaan Husna Arrashid

Nama ini lambang satu tekad untuk menjaga warga emas sebaik mungkin dalam menentukan kualiti dan perkhidmatan yang diberikan. Mudah-mudahan kita diberkati Ilahi
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment