Rumah Jagaan Husna Arrashid tidak menerima dan meminta bantuan mana-mana pihak, NGO mahupun kerajaan untuk menampung keperluan harian. Walaupun kos penjagaan amat tinggi dengan tanggungjawab yang berat, kami akan menggunakan yuran berkenaan sepenuhnya. Agihan perbelanjaan terutamanya pada gaji kakitangan jururawat bertauliah dengan penjagaan 24 jam, kos permakanan seimbang, sewa bangunan tanpa sebarang sumbangan atau wakaf pembiayaan. Bagi para waris mahupun bakal peserta program ini, pembayaran yuran yang cukup dan tepat pada waktunya amatlah diharapkan.
Yuran jagaan asas bergantung pada keadaan/status kesihatan iaitu mulai RM1200.00 hingga RM2,000.00/Sebulan.
Deposit – Anggaran separuh daripada yuran yang dikenakan. Ini adalah untuk bekalan kecemasan untuk sakit demam warga emas jika waris tidak sempat membawa sendiri ke Klinik atau Hospital, kami akan cuba menguruskan dengan wang simpanan tersebut. Wang ini akan dipulangkan. Deposit RM600 boleh dipertimbangkan.
Pendaftaran – RM100.00.
Pertimbangan dalam penetapan yuran perkhidmatan.
BERJALAN
- Berpimpin/Tongkat
- Berkerusi roda
- Terbaring
MAKANAN
- Ubatan
- Menu Khas
- Bersuap
KESEDARAN
- Lupa/tumpuan
- Merepek/baran
- Masalah membuang air
- Hilang malu
RAWATAN
- Darah Tinggi
- Kencing Manis
- Dialisis
- Urinal
- Cuci Luka
- Salur makanan
- Salur air kencing
KHAS
- Bilik khas
- Katil Khas
- Hawa dingin
- Peralatan elektrik tambahan
Caj dan yuran sampingan bergantung pada perkhidmatan dan perkembangan taraf kesihatan warga emas. Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan.
Assalam… saya nak tanya bleh ke saya nak menempatkan ayah saya ke dlm pusat ini?? Apa butiran yang perlu saya sediakan ??
assalamualaikum saya ingin tahu jika pesakit lumpuh sebelah kiri kaki dan tangan dan memakai pampers, tetapi pesakit boleh menyuap sendiri makanan berapa bayaran yuran bulanan nya
Anggaran RM1400 sebulan. Pengesahan setelah mengisi borang online. Tq
As salam saya ingin bertanya, jika dia seorang yg sehat hanya pelupa . Bole ke pihak tuan menerima sebagai penghuni
Salam, jika pesakit berumur 43 tahun, adakah pihak tuan menerima?
as salam nk tanya di pusat jaggan ini ada menyediakan penjagaan di siang hari sahaja? dan malam kami akan ambil semula orang tua kami kerana bekerja di siang hari.
Saya nak tanye kalau patient tu umur 27tahun diterima tak ?
maaf, tiada daycare
As salam. Kalau day care isnin hingga jumaat, berapa yurannya?
Anggaran RM1200 sebulan. Pengesahan setelah mengisi borang online. Tq
assalamualaikum saya ingin tahu sekiranya pesakit itu tidak boleh bergerak sendiri dan pakai pampas saya ingin tahu berapa bayaran yuran bulanan sekiranya beliau tinggal di sini.