SEMUA KAKITANGAN DAN PENGHUNI WARGA EMAS KAMI TELAH DIVAKSIN

DOS pertama 14 Jun 2021

Dos kedua 7 Julai 2021

Posted in Uncategorized | Leave a comment

KAMI BERI PERKHIDMATAN TERBAIK

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PUSAT JAGAAN ORANG TUA BERBAYAR

Kami tidak meminta dan menagih sumbangan orang ramai kerana kami telah mengenakan bayaran perkhidmatan antara RM1200.00 hingga RM1800.00. Cukup untuk menampung semua kos operasi. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penuh, kerana kami mahu penglibatan waris untuk bertanggungjawab dalam penjagan warga emas mereka. Bagi yang sebatang kara atau memerlukan simpati umum, kami percaya kerajaan dan NGO boleh menjalankan tugas dan peranan masing-masing

Posted in Uncategorized | Leave a comment

ORANG TUA SENDIRI TAK BAGI KERJA JAGA ORANG TUA

Saya telah menerima banyak permohonan untuk tugas menjaga orang tua. Bila terdapat kekosongan, saya akan menawarkan kerja. Semua jawatan tidak lari dari tugas hakiki menjaga orang tua seperti mandi, menukar lampin, menyuap makanan, memberi ubat dan senaman. Menjaga mengikut rutin dan keadaan semasa. Mereka juga menjaga kebersihan setempat dan membuat pentadbiran kawasan.

Syabas bagi yang istiqomah terus bekerja di sini ada yang melebihi 5 tahun, 3 tahun dan agak lama jika melebihi setahun. Bagi yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan khususnya jururawat, pembantu perubatan, fisioterapis, makmal dan sebagainya, pihak pengurusan sentiasa memberi galakan jika ingin melanjutkan pelajaran bahkan memohon jawatan tetap dalam kerajaan mahupun swasta yang menjurus kepada bidang amalan masing-masing. Saya sendiri akan menulis surat sokongan dengan menyatakan kelebihan dan kesungguhan mereka selama bekerja di pusat jagaan ini. Syabas dan tahniah, telah ramai yang menjadikan Husna Arrashid sebagai tempat persinggahan yang dimanfaatkan sepenuhnya. Terima kasih kami kerana telah bertugas di sini dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk warga emas dan pesakit di sini.

Sungguhpun demikian, terdapat beberapa kejadian di mana, kami menerima panggilan telifon daripada ayah dan ibu kepada staf kami dengan mengadu bahawa anak mereka tidak layak untuk melakukan kerja-kerja penjagaan tersebut. Bagi yang jururawat, mereka berpendapat hanya kerja merawat luka, ubat pesakit, prosidur perubatan sahaja. Bagi staf tersebut tidak kekok dengan rutin menjaga orang tua kerana kawan-kawan staf di sini melakukan perkara yang sama. Terdapat juga ibu bapa yang menalifon penyelia dan marah dengan tugasan yang diberikan. Ada yang terus dipanggil balik dan ada juga sekadar rungutan.

Sebilangan ibu bapa atau keluarga juga tidak membenarkan anak-anak mereka datang bekerja. Ini jelas semasa saya menawarkan kerja dan calun meminta tempoh untuk memohon restu orang tua mereka. Ada memberi alasan ayah tak izinkan kerja dengan alasan jauh, ada yang menyuruh kerja lain dan ada berbagai alasan yang menghalang calun-calun melapor untuk bertugas.

Sebagai perbandingan, tugas dan kera-kerja rutin pusat jagaan ini sememangnya tidak popular. Ada yang menolak mentah-mentah. Ada yang setakat sehari dua sahaja mampu bertahan dan tidak kurang juga yang merungut. Ada yang lari dari tugas bila berdepan dengan kes nyanyuk, mental dan keadaan orang tua yang sukar diurus. Bahkan ada yang menuduh pihak pengurusan menipu kerana mereka menyangka yang nyanyuk dan pelupa tu dianggap pesakit mental yang sukar dijaga.

Syukur pada Allah di mana ini semua adalah sebahagian kecil masalah tentang pengambilan pekerja di sini. Walaupun dengan gaji dan elaun serta potongan EPF, SOCSO dan kemudahan sedia ada untuk petugas di sini, namun kami masih menganggap mereka sebenarnya membuat tugas amal dan amat mulia.

Menjaga warga emas atau orang tua banyak cabaran menuntut kesabaran dan semangat serta jati diri. Mereka juga memerlukan sokongan keluarga. Sentiasa la berfikir bahawa kita sendiri tidak tahu bagaimana bila kita tua nanti. Siapa nak jaga?

Encik Rashid

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PUSAT JAGAAN WARGA EMAS VETERAN ANGKATAN TENTERA

Veteran ATM seharusnya merasa bangga kerana sebuah pusat jagaan khas untuk veteran tentera atau mana-mana pasukan keselamatan. Sehausnya pusat jagaan berkediaman ini menjadi pilihan terakhir bagi yang mempunyai keluarga.

Pusat ini dinamakan Wisma Veteran menempatkan pusat kegiatan bagi veteran tentera. Pendaftaran telah dibuka untuk kemasukan. Keutamaan bagi yang sebatangkara ataupun mempunyai masalah penjagaan di rumah. Pembayaran yuran berpatutan.

Pengunjung boleh melayari Facebook Wisma Veteran https://www.facebook.com/wismaveteran/

Permohonan kemasukan (veteran ATM sahaja) menggunakan borang online

Untuk kemasukan bukan veteran ATM, sila gunakan borang ini

Gambar dari Google. Semoga bermanfaat

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PAPARAN DI SEBALIK KUDRAT

Posted in Uncategorized | Leave a comment

SAH DAN DIDAFTARKAN

Alhamdulillah pada 15 Disember 2016, pendaftaran Pusat Jagaan Husna Arrashid telah disempurnakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor. Setelah lebih lima tahun kami memulakan langkah dan memenuhi semua syarat dan peraturan termasuk keperluan Bomba, Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan MPAJ, jabatan-jabatan teknikal dan maklumbalas awam. Kami telah menghadkan pengambilan penghuni selama ini dan sentiasa menjaga kehendak dan keperluan asas. Semua ini telah menjadi budaya kerja kami. Walaupun kakitangan silih berganti, namun lebih separuh kakitangan kami telah berkhidmat lebih tiga tahun dan beberapa orang daripadanya adalah kakitangan terawal yang telah bersama-sama kami mengharungi suka duka dan jerit perihnya tugasan ini. Yang pasti, sekian ramai yang berhenti.  Hanya yang mengalami dan memahami sahaja. Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas serta jutaan terima kasih kepada kakitangan kami. Mereka melakukan tugas amal dan mengetepikan perasaan masing-masing demi membahagiakan warga emas.  Tidak lupa juga pada keluarga kakitangan yang memberi sokongan dan galakan, para waris warga emas, serta semua pihak yang membantu kami. Penghargaan buat semua

dftar jkm husna

Posted in Uncategorized | Leave a comment

STAF JURURAWAT

Gambar kecil sudut atas kanan : Dari kiri Puan Niza, En Rashid.

Gambar Utama dari kiri; Cik Khalidah, Cik Solehah, En Nizam, Puan Inani, Cik Aina, Cik Siti.

BARISAN STAF

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

JAWATAN KOSONG JURURAWAT WARGA EMAS

Kami mempelawa pemegang Diploma Kejururawatan atau Fisioterapi dari mana-mana kolej bertauliah untuk memohon bagi pengisian segera. Gaji yang menarik dengan elaun, KWSP dan SOCSO disediakan. Tempat penginapan dengan sajian percuma disediakan bersama-sama di rumah jagaan tersebut.  klik http://husna-arrashid.com/sertai-kami/ atau mengisi terus borang online di sini.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PENJAGAAN WARGA EMAS – ANTARA PRIVASI, REPUTASI DAN PERSEPSI

Keperluan penjagaan warga emas atau menjaga orang tua hanya disedari oleh mereka yang berkenaan sahaja. Ada yang tidak terasa kerana mereka tidak mempunyai sebarang masalah. Seharusnya warga emas dijaga sendiri oleh waris-waris mereka. Namun keadaan sebaliknya berlaku bagi yang sebatang kara tanpa waris, masalah waris tidak mampu menjaga akibat kurang upaya dan juga keadaan semasa yang mendesak.

Sejajar dengan perkembangan kependudukan dan keadaan pembangunan keluarga semasa, Malaysia akan menjadi negara tua menjelang 2030. !5% daripada penduduk merupakan warga emas. Apabila usia semakin meningkat, keadaan kesihatan semakin menurun, maka keperluan penjagaan dan rawatan juga meningkat.  Sudah tentu para waris yang memerlukan perkhidmatan akan mencari dan bertanya. Perhatian terhadap pusat jagaan semakin meningkat di kalangan masyarakat bahkan menjadi topik perbualan dan perbincangan.

Pusat Jagaan Husna Arrashid telah ditubuhkan pada awal tahun 2012 lagi. Sebagai rumah amal yang didaftarkan sebagai entiti perniagaan, cabaran pada pengurusan dan pembiayaan perbelanjaan menjadi satu fokus utama. Masakan tidak, kami tidak boleh mengharapkan sumbangan bahkan mesti menggunakan sumber sendiri dan pendapatan yuran sahaja. Kami jalankan pusat jagaan ini secara privasi penuh.

Selain daripada waris, kami kerap menerima permintaan untuk melawat daripada pihak media, orang perseorangan, NGO dan institusi pengajian tinggi mahupun sekolah. Ini membuktikan bahawa kesedaran terhadap penjagaan warga emas telah meningkat. Namun tidak keterlaluan jika kami nyatakan bahawa tujuan lawatan masing-masing adalah berbeza. Di sini saya terpanggil untuk menulis tentang pihak-pihak lain selain daripada waris yang berminat dengan perkhidmatan kami.

Jika pihak media, saya dapati beberapa dari mereka lebih menjurus kepada kepentingan reputasi yang diselitkan juga percubaan untuk mendapatkan imbuhan daripada kami kerana bantuan pengiklanan. Mohon maaf, kami tidak mampu mengeluarkan belanja sampingan kepada pihak media bagi mengiklankan perkhidmatan kami dengan berselindung di sebalik laporan berita mahupun penulisan dan rancangan siaran.

Orang-orang perseorangan yang bertanya dan cuba datang meninjau pada mulanya ingin menyumbangkan tenaga untuk sama-sama berbakti pada warga emas, namun apabila soalan demi soalan diajukan, mereka sebenarnya berminat untuk membuka pusat jagaan sendiri. Saya amat mengalu-alukan mereka yang sebegini tetapi perlulah dengan semangat dan azam untuk beramal dan membela nasib warga emas.  Namun jika pulangan keuntungan yang diharapkan, tolong buat perancangan dan persediaan mental dan fizikal anda. Kerana ia tidak menjanjikan pulangan dalam jangkamasa pendek, keuntungan yang tidak berbaloi dengan usaha dan modal, KECUALI anda sanggup menggunakan mereka bagi mendapatkan simpati orang ramai dengan pelbagai sumbangan dan pertolongan dan pada masa yang sama anda mengenakan caj dan yuran yang tidak setimpal. Terdapat beberapa tempat sebegini telah ditutup dan tidak lagi beroperasi. Yang masih aktif, saya berdoa dan bersangka baik bahawa pendapatan dari yuran yang dikenakan juga sumbangan yang diperolehi digunakan sepenuhnya untuk kebajikan warga emas yang dibawah jagaan.

Saya memohon maaf kepada pihak NGO yang perihatin untuk membantu. Saya mengakui bahawa perjalanan rumah jagaan ini perlu disokong dengan sumber kewangan yang kukuh. Saya berterima kasih kepada mereka yang boleh membaca dan membuat unjuran pendapatan dan perbelanjaan kami – kerana mereka akui memang tiada lebihan untuk ‘business minded’. Kami menghargai  kesedaran mereka bahawa dengan pendapatan dari yuran jagaan tidak berbaloi sebagai entiti persendirian jika ditolak dengan belanja pengurusan, gaji kesemua staf jururawat, sewa, bil utiliti dan senggaraan. Namun, kami telah berjanji bahawa kami hanya meminta yuran dari waris atau warga emas yang dijaga dan tidak akan meminta dan menerima sumbangan melainkan keperluan penting yang diluar kemampuan kami. Sebagai contoh, waris bersedekah katil hospital untuk diwakafkan gunasama warga emas yang tidak berkemampuan.

Institusi pengajian tinggi serta sekolah juga kerap kali memohon untuk melawat. Bagi IPT, umumnya tujuan utama adalah untuk pelajar membuat tugasan memenuhi silibus pembelajaran masing-masing dengan memberi kesedaran dan menanam perasaan cintakan warga emas dan mengetahui corak penjagaan terbaik. Sungguhpun demikian, sama ada mereka berkumpulan mahupun perseorangan, tujuan sebenar adalah untuk mendapatkan markah terbaik tugasan masing-masing. Berbeza dengan pihak sekolah, kegiatan melawat warga emas dapat memupuk nilai murni di kalangan pelajar dari peringkat rendah lagi.

Kami memohon ampun dan maaf kepada semua yang berkenaan kerana kami tidak dapat menunaikan permintaan untuk melawat. Rumah Jagaan Husna Arrashid ditubuhkan dengan kesedaran bahawa persepsi masyarakat terhadap penjagaan warga emas masih tidak menyebelahi kami. Hakikat bahawa warga emas perlu dijaga oleh anak atau waris masing-masing telah disalah tafsir dengan menyangkal peranan rumah orang tua. Masyarakat masih menganggap bahawa anak-anak yang menghantar ibu bapa ke rumah orang tua adalah anak derhaka dan perbuatan ini tidak dapat diterima.

Namun sesetengah pihak yang tertekan dengan permasalahan keluarga dan jagaan orang tua serta kesedaran bahawa warga emas lebih baik dijaga oleh pihak ketiga dan itu adalah lebih baik. Mereka masih malu dan ragu dengan tindakan mereka. Lantas, bagi mengelakkan pandangan negatif masyarakat, maka lebih baik penjagaan orang tua mereka tidak diketahui oleh masyarakat tadi. Dan di sini, kami memberikan perkhidmatan kepada mereka melalui konsep jagaan secara privasi. Kami akan mengekalkan polisi rumah jagaan ini tidak akan dibuka kepada umum melainkan kepada waris yang berkenaan dan kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas pemantauan.

Bantu saya dalam menukarkan persepsi masyarakat terhadap institusi jagaan warga emas swasta. Saya mengalu-alukan perkongsian jika pihak media, NGO, IPT dan sekolah dapat memahami dan menerima konsep jagaan sebegini demi kebaikan semua warga emas, InsyaAllah.

En Rashid
Pusat Jagaan Husna Arrashid
Nov 2014

Posted in Uncategorized | 2 Comments