PERKHIDMATAN

Penghuni Tetap

  • Penjagaan dan pemerhatian dengan suasana di rumah.
  • Penginapan dengan kemudahan yang selesa dan terjamin
  • Sajian berdasarkan menu berkhasiat mengikut selera
  • Pemeriksaan kesihatan dan latihan fisioterapi
  • Kegiatan ibadah
  • Rekriasi dan riadah
  • Bilik persendirian dengan kelengkapan
 

Jagaan Mingguan (5 Hari seminggu)

  • Jagaan semasa anak2 atau penjaga keluar bekerja sepanjang minggu
  • Hantar Ahad atau Isnin, ambil hari jumaat
  • Kegiatan harian dan sajian sebagaimana penghuni tetap
  • Keperluan peribadi dibawa sendiri seperti lampin pakai buang, kain atau lain-lain
  • Perkhidmatan ini adalah untuk warga emas yang benar-benar sihat sahaja.

Rawatan Susulan 

  • Mencuci luka
  • Menukar balutan
  • Rawatan susulan seperti arahan doktor

Kelab Warga TuaWhatsApp Image 2020-03-04 at 09.26.39

  • Kami akan menjemput semua warga tua dari kawasan berdekatan untuk melakukan kegiatan bersama-sama seperti bersenam, bermain,  syarahan agama,  sesi karaoke, kaunseling, pemeriksaan kesihatan, jamuan makan dan persembahan. Pada mereka yang mempunyai kemahiran kraftangan juga boleh berkongsi-kongsi pengetahuan dan kemahiran antara satu sama lain

Bilik Persendirian

Bilik persendirian berhawa dingin lengkap peralatan asas disediakan untuk sewaan. Para warga emas dan waris terutamanya pesara.

Lawatan dan Rawatan Ke RumahWhatsApp Image 2020-05-16 at 10.04.15

  • Lawatan dan ziarah keluarga
  • Rawatan susulan di rumah
  • Mencuci luka, penjagaan kebersihan, menukar lampin
  • Pemakanan seimbang

Pembangunan Masa Depan

Kami berhasrat untuk terus memberikan keselesaan kepada penghuni dengan rancangan penambahbaikan prasarana seperti berikut:

  • Asrama berasingan.
  • Perpustakaan.
  • Surau dan tempat beribadah.
  • Kantin terbuka.
  • Wad atau bilik rawatan.
  • Dewan serbaguna.
  • Bengkel kemahiran. 

Yuran dan Caj Sila klik

Syarat Kemasukan

  • Tiada penyakit berjangkit dan merbahaya
  • Mempunyai waris dan latarbelakang yang jelas.

KELEBIHAN 

Rumah jagaan ini baru ditubuhkan dan dalam proses pendaftaran dengan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Orang ramai boleh menyemak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Perbandaran Ampang Jaya ataupun pihak Bomba dan Penyelamat. Keperluan pendaftaran dan garispanduan ketat memerlukan kami memastikan keadaan yang terbaik untuk menerima penghuni baru. Antara kelebihan pusat ini adalah seperti di bawah.

  • Latarbelakang dan pengalaman – Penjaga dan staf tetap mempunyai latarbelakang dan pengalaman dalam perawatan. Mereka terdidik dengan tugas dan tanggungjawab dalam memastikan penjagaan dan pemeliharaan kesihatan serta keselesaan penghuni nanti.
  • Keselamatan – Pusat jagaan ini dipasang dengan sistem telivisyen litar tertutup (CCTV) bagi pemantauan 24 jam. Semua kegiatan utama dan ruang-ruang dipantau bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini. Alat pengesan kebakaran serta peralatan melawan kebakaran dipastikan sentiasa berfungsi. Penggera keselamatan akan diaktifkan pada tempat-tempat dan masa tertentu bagi tujuan perlindungan tambahan. Sistem perhubungan yang baik termasuk menggunakan interkom dan radio bagi memastikan penyampaian maklumat untuk sebarang tindakan mahupun maklumbalas segera.
  • Pengangkutan – Kami akan cuba menyediakan pengangkutan bagi pergerakkan penghuni ke tempat rawatan seperti pusat dialisis, hospital atau klinik ataupun ke mana-mana yang diperlukan. Kenderaan kami juga boleh digunakan untuk menjemput atau mengambil serta menghantar pulang. Kami tidak bergantung kepada kemudahan pengangkutan luar yang semestinya melipatgandakan kos penjagaan nanti.
  • Sajian – Kami menyediakan sajian yang terbaik mengikut menu yang dicadangkan melalui garispanduan pihak berkuasa yang berkenaan. Kakitangan juga terdidik untuk mengawal selia keperluan sajian warga emas melalui jadual sajian yang disediakan. Kami juga mengambil berat diet warga emas sebagaimana kehendak diagnosa permakanan yang diarahkan.
  • Kegiatan Menarik – Dengan adanya rakan sebaya, kegiatan yang menarik dan menyeronokkan warga emas akan dijalankan dari masa ke semasa daripada keagamaan, senaman fizikal, rekriasi dan riadah seterusnya kegiatan sosial lain. Kegiatan lain seperti karaoke, menonton tayangan layar besar, Permainan dalam seperti karom, catur, dam aji, dan lain-lain lagi.
  • Perjumpaan keluarga – Sesi bertukar pendapat, percambahan minda dan mendapatkan maklumbalas daripada waris dan masyarakat setempat.

3 Responses to PERKHIDMATAN

  1. badrol74 says:

    Askm

    Ayah saya baru meninggal Dan ibu keseorangan. Dia lebih memerlukan peneman di rumah sebab tinggal sorang. Ada apa rumusan sesuai?

  2. Noraini Othman says:

    ASKUM SAYA INGIN MENEMPATKAN IBU SAYA UNTUK MIGGUAN PUN OK OLEH KERAN KAMI BERDUA BEKERJA

  3. Assalamualaikum.

    Nama saya Rosemina. Adek saya berumur 47 tahun. Sekarang beliau berada di HKL serangan angin ahmal. Saya ingin bertanya adakah Rumah Jagaan Husna Arrashid ini ada memberikan perkhidmatan jagaan sepenuh masa bagi pesakit ‘bed-riddence’?

    Harap dapat pihak tuan memberi keterangan selanjutnya serta caj bayaran.

    Sila hubungi saya di talian 0122593704 atau email saya di rosemina.amdan@yahoo.com.

    Sekian, terima kasih.

    ROSEMINA AMDAN

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s