YURAN PERKHIDMATAN

Rumah Jagaan Husna Arrashid tidak menerima dan meminta bantuan mana-mana pihak, NGO mahupun kerajaan untuk menampung keperluan harian. Walaupun kos penjagaan amat tinggi dengan tanggungjawab yang berat, kami akan menggunakan yuran berkenaan sepenuhnya. Agihan perbelanjaan terutamanya pada gaji kakitangan jururawat bertauliah dengan penjagaan 24 jam, kos permakanan seimbang, sewa bangunan tanpa sebarang sumbangan atau wakaf pembiayaan. Bagi para waris mahupun bakal peserta program ini, pembayaran yuran yang cukup dan tepat pada waktunya amatlah diharapkan.

Yuran jagaan asas bergantung pada keadaan/status kesihatan iaitu mulai RM1200.00 hingga RM2,000.00/Sebulan.

Deposit – Anggaran separuh daripada yuran yang dikenakan. Ini adalah untuk bekalan kecemasan untuk sakit demam warga emas jika waris tidak sempat membawa sendiri ke Klinik atau Hospital, kami akan cuba menguruskan dengan wang simpanan tersebut. Wang ini akan dipulangkan. Deposit RM500 boleh dipertimbangkan.

Pendaftaran RM100.00. 

Pertimbangan dalam penetapan yuran perkhidmatan.

BERJALAN

  • Berpimpin/Tongkat
  • Berkerusi roda
  • Terbaring

MAKANAN

  • Ubatan
  • Menu Khas
  • Bersuap

KESEDARAN

  • Lupa/tumpuan
  • Merepek/baran
  • Masalah membuang air
  • Hilang malu

RAWATAN

  • Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Dialisis
  • Urinal
  • Cuci Luka
  • Salur makanan
  • Salur air kencing

KHAS

  • Bilik khas
  • Katil Khas
  • Hawa dingin
  • Peralatan elektrik tambahan

Caj dan yuran sampingan bergantung pada perkhidmatan dan perkembangan taraf kesihatan warga emas. Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan.

21 Responses to YURAN PERKHIDMATAN

  1. Ibnu Nafis's avatar Ibnu Nafis says:

    hi boleh bertanya ayah saya berumur 79 tahun, kencing manis dan darah tinggi. Minor stroke tp boleh berjalan. Cuma dia murung dan sedikit baran. Kalau weekend saya amik ok ke cuma waktu bekerja sahaja saya hantar? Dan berapa bayarannya ya

  2. Anggaran yuran RM1500- 1800. Urusan luar seperti temujanji seharusnya dibuat sendiri oleh waris kecuali kecemasan. Sila whstsapp

  3. Tini Ruzi's avatar Tini Ruzi says:

    Saya ingin bertanya untuk ayah saya (88 tahun) boleh berjalan dengan bantuan, ada sakit kencing manis, gout, buah pinggang tahap 3. Beliau boleh makan, mandi, siap sendiri cuma perlu pantau beliau makan ubat, makan sarapan/tengahari/malam. Berapakah yuran untuk ayah saya dan termasuk untuk bawa ayah saya ke temujanji klinik kerajaan 3 bulan sekali

  4. Kemudahan di pusat jagaan ini tidak mempu menjaga jika beiiau berjalan nyanyuk yang memerlukan jagaan dan kawalan. Sila hubungi 0192456517 Whatsapp/call

  5. Dayang Syazriza's avatar Dayang Syazriza says:

    Pesakit dementia teruk. Umur 60tahun perempuan.

    Bole berjalan. Tidak mempunyai masalah kesihatan cuma tidak mampu melakukan aktiviti harian tanpa bantuan.

  6. Kami pun tidak mendapat dana dari mana2 pihak. Kami juga tidak meminta2 mahupun mencari sumbangan. KAmi bergantung pada yuran

  7. Boleh. Sila whstapp 0192456517

  8. Sanirah Suhaiza's avatar Sanirah Suhaiza says:

    pesakit post stroke

    Umur 38thn, bertongkat, percakapan tidak jelas.

  9. Mohd Amin Abd Ghani's avatar Mohd Amin Abd Ghani says:

    Assalamualaikum… Mohon pencerahan. Adakah warga emas kaki kanan bersemen dapat diterima di perawatan tuan/puan.

  10. zamri4556a56a2b2b33's avatar zamri4556a56a2b2b33 says:

    Assalam
    Saye nak tanye kalau org tu sebatang Kara boleh ke

  11. Seally Hezlena's avatar Seally Hezlena says:

    Assalam… saya nak tanya bleh ke saya nak menempatkan ayah saya ke dlm pusat ini?? Apa butiran yang perlu saya sediakan ??

  12. Zarina Ina's avatar Zarina Ina says:

    assalamualaikum saya ingin tahu jika pesakit lumpuh sebelah kiri kaki dan tangan dan memakai pampers, tetapi pesakit boleh menyuap sendiri makanan berapa bayaran yuran bulanan nya

  13. Anggaran RM1400 sebulan. Pengesahan setelah mengisi borang online. Tq

  14. Jasiah Makrub's avatar Jasiah Makrub says:

    As salam saya ingin bertanya, jika dia seorang yg sehat hanya pelupa . Bole ke pihak tuan menerima sebagai penghuni

  15. damia alisya's avatar damia alisya says:

    Salam, jika pesakit berumur 43 tahun, adakah pihak tuan menerima?

  16. as salam nk tanya di pusat jaggan ini ada menyediakan penjagaan di siang hari sahaja? dan malam kami akan ambil semula orang tua kami kerana bekerja di siang hari.

  17. Saya nak tanye kalau patient tu umur 27tahun diterima tak ?

  18. maaf, tiada daycare

  19. As salam. Kalau day care isnin hingga jumaat, berapa yurannya?

  20. Anggaran RM1200 sebulan. Pengesahan setelah mengisi borang online. Tq

  21. Unknown's avatar Que No says:

    assalamualaikum saya ingin tahu sekiranya pesakit itu tidak boleh bergerak sendiri dan pakai pampas saya ingin tahu berapa bayaran yuran bulanan sekiranya beliau tinggal di sini.

Leave a comment