Sebahagian besar daripada penghuni di sini telah ditempatkan untuk jagaan jangka pendek sebagai percubaan. Setakat ini, kesemua penghuni telah berpuas hati dan melanjutkan penjagaan tetap. Bagi warga emas, mereka masih bimbang dan takut-takut ditinggalkan terus oleh anak-anak. Bagi waris pula, mereka bimbang orang tua tidak seronok dan tidak dapat menerima keadaan di pusat jagaan. Mereka juga bimbang jika layanan terhadap orang tua mereka tidak baik. Namun kini terbukti bahwa pilihan mereka kali ini adalah yang terbaik. Warga emas gembira dan selesa tinggal bersama-sama rakan seusia dan merasa diri lebih terjaga. Waris-waris pula merasa lega kerana orang tua mereka terjaga dengan baik dan gembira di sini. Syabas semua. Kami sentiasa memberikan yang terbaik selagi mampu.
Di sini warga emas boleh melawat satu sama lain di bilik-bilik berasingan untuk berbual-bual dan berkongsi-kongsi pengalaman.
You must be logged in to post a comment.