DASAR PRIVASI HUSNA ARRASHID

Rumah Jagaan Husna Arrashid mengamalkan dasar tertutup. Kami menerima kemasukan daripada pihak yang benar-benar memerlukan penjagaan. Kami mengenakan yuran jagaan yang amat berpatutan bagi menampung kesemua kos sajian dan pengurusan. Kami tidak menerima sumbangan bahkan tidak meminta peruntukan daripada kerajaan mahupun NGO. Kami akan menjaga sebaik mungkin warga emas yang tinggal bersama kami dengan mematuhi keperluan keselamatan dan kebersihan yang ketat. Oleh sebab kami bergantung terus kepada yuran yang diberikan, maka tanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penghuni amatlah dititik beratkan. Kerana waris dan penghuni sendiri akan menilai keupayaan penjagaan kami. Pada waktu yang sama, amanah penjagaan bukan saja pada kebajikan penghuni bahkan menjaga kepentingan waris yang menghantar mereka. Sudah pasti kami tidak perlu memaparkan siapakah penghuni yang mendiami rumah jagaan ini atas kehendak waris dan juga dasar privasi kami.

Oleh yang demikian, kami tidak menerima lawatan mahupun mengadakan acara serta majlis yang boleh mendedahkan penghuni kami kecuali pada pihak berwajib seperti Jabatan kebajikan Masyarakat, pihak berkuasa kerajaan persekutauan, negeri mahupun tempatan serta kesihatan. Kami hanya menggalakkan waris dan kenalan rapat sahaja agar sentiasa meluangkan masa untuk melawat penghuni berkenaan.

Menjelang Ramadhan dan syawal, kami akan mula menerima panggilan untuk mengadakan majlis dan juga pemberian sumbangan. Kami amat menghargai hasrat murni tersebut dan mengucapkan jutaan terima kasih. Namun kami terpaksa menolak kesemua kegiatan yang dicadangkan kerana memegang dasar privasi sepertimana diterangkan di atas. Kami memohon ampun dan maaf sekiranya dasar privasi ini tidak dapat memanjangkan hasrat untuk bersedekah mahupun menyumbangkan peralatan bagi tujuan jariah. Sungguhpun demikian, hasrat tersebut mungkin boleh disalurkan terus melalui waris penghuni berkenaan.Terima kasih kerana memahami.

About Pusat Jagaan Husna Arrashid

Nama ini lambang satu tekad untuk menjaga warga emas sebaik mungkin dalam menentukan kualiti dan perkhidmatan yang diberikan. Mudah-mudahan kita diberkati Ilahi
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s