PUSAT JAGAAN ORANG TUA BERBAYAR

Kami tidak meminta dan menagih sumbangan orang ramai kerana kami telah mengenakan bayaran perkhidmatan antara RM1200.00 hingga RM1800.00. Cukup untuk menampung semua kos operasi. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penuh, kerana kami mahu penglibatan waris untuk bertanggungjawab dalam penjagan warga emas mereka. Justeru, sepanjang belaiu bersama kami, para waris harus masa ke semasa datang menjenguk, menghantar keperluan peribadi seperti sabun, ubat gigi dan seumpamanya. Kami juga berharap waris bersedia untuk menghantar warga emas masing-masing jika perlu berjumpa doktor ataupun rawatan luar. Bagi yang sebatang kara atau memerlukan simpati umum, kami percaya kerajaan dan NGO boleh menjalankan tugas dan peranan masing-masing

Unknown's avatar

About Pusat Jagaan Husna Arrashid

Nama ini lambang satu tekad untuk menjaga warga emas sebaik mungkin dalam menentukan kualiti dan perkhidmatan yang diberikan. Mudah-mudahan kita diberkati Ilahi
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a comment