DILEMA MENJAGA ORANG TUA

Kiriman ini merupakan sedikit ringkasan pada satu perbincangan berkaitan warga emas. Sudah tentu dilema yang dihadapi adalah berkaitan dengan penghantaran orang tua ke pusat-pusat jagaan mahupun rumah orang tua. Perlu ditekankan di sini bahawa reputasi buruk berkaitan rumah orang tua adalah kerana kebanyakan mereka adalah terdiri daripada warga emas yang tidak berwaris dan tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Tanggungjawab ini telah dipikul oleh kerajaan sebagai kemudahan untuk rakyat warga emas. Kita amat sensitif dengan keadaan ini dan segera menganggap warga emas ini telah ditinggalkan oleh anak-anak atau waris mereka tanpa rasa tanggungjawab.

Bagi mereka yang masih mempunyai orang tua sama ada ibu bapa sendiri mahupun mertua, sebaik mungkin mereka akan menjaga dan memastikan kehidupan orang tua masing-masing terjaga. Namun keperluan kehidupan dan desakan hidup masing-masing mungkin menyebabkan warga emas ini terbiar dan tidak diambil perhatian seharusnya. Lebih memburukkan keadaan apabila kemerosotan kesihatan dan keupayaan fizikal mereka yang semakin hari semakin berkurangan menyebabkan anak-anak atau penjaga menjadi semakin tertekan. Kehidupan mereka bersama anak-anak serta keluarga dianggap terjejas apabila bertambahnya bebanan tanggungjawab terhadap orang tua berkenaan.

Menjaga orang tua sendiri ada pahit dan manisnya. Melayani setiap karenah dan keperluan mereka sangatlah mencabar dan menguji kesabaran. Terkadang mereka berfikir akan bilakah ajal akan datang. Diri semakin tidak bermaya. Menghambakan diri pada ubat-ubatan buat penyambung nyawa. Tuturkata kekecewaan akan bermain di bibir. Keadaan ini akan meruntun hati anak-anak terutama kepada yang selama ini menjaga selama orang tua itu uzur. Hanya sabar buat mengukuhkan iman. Setiap yang hidup mesti akan mati. Setiap yang mula pasti akan berakhir. Menjaga orang tua hanyalah sekali dalam hidup. Ambillah peluang ini untuk berbakti dan mengumpulkan pahala kelak kebaikannya akan diperolehi juga. 

Bagi warga emas pula, sudah tentu mereka mengharapkan penjagaan dan kasih sayang daripada anak cucu mereka. Masakan mereka mahu keluar dari rumah sendiri dan tinggal di kediaman yang asing bagi mereka dengan berputih mata menunggu anak dan cucu berkunjung dan menjenguk mereka.  Namun permasalahannya adalah pada keadaan fizikal dan mental yang semakin mencemburui diri. Daripada pendedahan dan perkembangan maklumat semasa, semakin ramai warga emas yang memilih untuk tinggal di rumah orang tua swasta – kerana rumah orang tua kerajaan adalah untuk yang sebatang kara sahaja. Mereka lebih selesa hidup bersama rakan-rakan dan membuat kegiatan sendiri. Dalam fikiran tidak mahu menyusahkan sesiapa lantaran anak menantu juga mempunyai kehidupan dan keluarga sendiri. Semasa masih bertenaga kita boleh bergerak ke sana ke mari, berkunjung ke rumah sanak saudara sana sini, ipar duai mahupun biras bolehlah datang menjenguk sekali sekala. Sentiasa berfikiran positif dengan keadaan kesihatan yang menurun kerana kita tidak bersendirian di sana. Inilah kesempatan untuk mendekatkan diri pada yang maha esa.

Banyak pilihan boleh dilakukan apabila berlaku keadaan ini. Perkara pokok masih berkisar pada kemampuan kewangan dan keadaan orang tua. Mengupah seseorang untuk menjaga orang tua adalah satu pilihan. Bagi yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh bolehlah mendapatkan perkhidmatan jururawat tetap di rumah. Alangkah bertuah jika keadaan ini berlaku pada kita. Tapi untuk itu, banyak pula pertimbangan lain dan mengikut keadaan semasa.

Asas pertimbangan kita adalah untuk kebajikan orang tua. Walaupun kita bertekad untuk menjaga mereka, adakah kita mampu sepanjang masa. Kita juga perlu keluar bekerja dan kita juga mempunyai keluarga untuk diuruskan. Akan tiba juga masa yang kita memang perlu tinggalkan orang tua bersendirian sedangkan mereka memerlukan penjagaan dari kita. Ketika inilah anda perlu meletakkan tanggungjawab ini pada pihak-pihak yang boleh menjaga mereka. Penjagaan harian, mingguan mahupun bulanan sudah tersedia. Sungguhpun keadaan sosial dan budaya kita masih janggal menerima keadaan ini namun mungkin ianya terbaik untuk kebajikan orang tua tersebut. Pilihlah tempat yang terbaik dan yang mampu memberikan penjagaan dan perlindungan pada orang tua kita.

Wallahhuaklam..

Posted in Uncategorized | Tagged , , | Comments Off on DILEMA MENJAGA ORANG TUA

KISAH SEBENAR TINGGALKAN IBU DI HOTEL

KISAH SEBENAR TINGGALKAN IBU DI HOTEL

Semoga kita mengambil iktibar dari kisah ini

Posted in Uncategorized | Comments Off on KISAH SEBENAR TINGGALKAN IBU DI HOTEL

PENGENALAN

Pusat Jagaan Warga Emas Husna Arrashid memberi perkhidmatan penjagaan kepada warga emas sebagaimana seharusnya mereka dihargai dan disayangi sehingga ke akhir hayatnya.  Pendaftaran terbuka pada semua warga emas lelaki atau perempuan beragama islam sahaja. Jagaan secara harian tidak sesuai memandangkan kebanyakan warga emas sudah agak uzur dan perlu berihat. Kami menumpukan penjagaan jangka panjang secara bulanan dan jangka pendek mingguan berdasarkan kekosongan tempat dari masa ke semasa. Pusat ini dalam proses pendaftaran dan penubuhan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Warga emas yang berminat sila buat pra pendaftaran di sini. Bagi mengekalkan kuaiti kehidupan dan keselesaan, tempat di pusat ini agak terhad dan tidak sesak. Sila daftar, kami akan menghubungi anda untuk lawatan dan perbincangan sebelum sebarang keputusan untuk tinggal bersama kami.

Matlamat:

  • Menyediakan perkhidmatan penjagaan unggul kepada warga emas.

Objektif:

  • Penjagaan keperluan asas kehidupan penginapan dan sajian harian dan bulanan.
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan susulan dan penjagaan kesihatan.
  • Menjalankan pemeriksaan kesihatan berkala dan apabila diperlukan.
  • Mengatur keperluan pengangkutan bagi temujanji pakar serta lawatan berkumpulan.
  • Memberikan perkhidmatan rawatan dan penjagaan atas pangilan.

Pertanyaan/Pendaftaran:

  • 0192456517 Nieza/Rashid
Posted in Uncategorized | Tagged , , , | 1 Comment